Pengangkutan Kuala Terengganu

Bandar raya ini dihubungi dengan bandar lain melalui jaringan jalan yang baik dan terdapat juga perkhidmatan bot yang merentasi Sungai Terengganu. Jambatan Sultan Mahmud, yang merentasi Sungai Terengganu, menghubungkan kedua-belah sungai ini.

Lebuh Raya

Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabor, Kuantan, ke Kampung Gemuruh telah dibuka kepada orang ramai pada 31 Januari 2015.Pembinaan LPT2 dibahagikan kepada dua segmen iaitu segmen pertama sepanjang 64 kilometer dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan diserah kepada Kumpulan MTD, manakala baki sepanjang 120 kilometer dikendali JKR.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Lapangan Terbang Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN)yang terletak di Kuala Terengganu Utara adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah and Madinah.Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Madinah pada Musim Haji ini.

Berkaitan